Cara Untuk Tahu Port Uplink Menggunakan Cisco Network Assistant

Selalunya aku selalu guna telnet untuk tengok mana satu port uplink, tukar VLAN dan sebagainya. Tapi sebenarnya ada cara yang lebih senang untuk lebih detail dan tak la kusut kepala sangat.

Sebenarnya Cisco dah ada software ni.. Nama dia Cisco Network Assistant. Best bila guna natang ni..Tapi kalau hang pro sangat.. Boleh ja guna telnet sebab kerja jadi cepat sikit.. Iya la macam aku ni switch ada beratus-ratus. Jenuh nak buat satu-satu. So telnet la caranya..


Nampak dak Connect to tu.. Tu korang bubuh la IP switch yang hang nak tengok tu.. Pas hang bubuh IP tu hang tekan OK..


Kalau switch hang tu ada Username dan Password.. Dia akan naik lagu ni.. Kalau switch hang tak dak apa-apa.. Dia akan paparkan teruih layout network diagram hang.. Cam kat bawah ni..

Klik Gambaq Untuk ZOOM

Nampak dak port yang mana uplink.. Tu yang atas tu core switch.. Dia connect ke switch bawah tu.. Port uplink Et3/3 (port fibre).. Teruih masuk switch kat bawah tu kat port Gi1/0/2.. Maknanya dia cucuk fibre tu kat port fibre no 2 kat switch bawah tu.

Pastu switch tu connect switch lain lak.. Dia uplink guna port Fa2/0/48. Dia guna port 48 pastu teruih masuk port Fa1/0/48. Maknanya port tu guna port 48 ke 48 untuk uplink antara switch dan bukan pakai fibre noh. Kalau fibre dia pakai interface port Gi1/0/2 sebagai contoh. Paham dah ka?

Nah aku upload bagi hangpa pakai software ni..

Link Download : Cisco Network Assistant

Yang lain-lain hangpa selongkaq la sendiri na.. Senang kot.. Godek la apa patut.. Lagi satu.. Yang ni hanya untuk switch-switch yang bernama CISCO.. Hat lain tak mau..

Hey there, I'm Loreo!

Share This Post

Comments

5 comment:

  1. Lah, tak tahu pula ade software ni

    ReplyDelete
  2. sat2, ni design blog baru hang ka? Gila cam fb.. Nak gak wei

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sapa dia ni? kalau ya pon nk comment ka pa tak yah la buh anon woi
      Hare sungguh laa

      Delete
  3. Bila masta kembali beraksi..senyap sejak 2011 kan? pasal kes tu kan? Hihi Masta! kenapa segment pasal hacking semua masta delete? kat crewfathi.com tu? tak sempat nk copy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lagi sorang anon.. alahai... Dah.. kisah lama jgn dok ungkit.. no more hack menghack.. huhu

      Delete