Kegunaan IP Scanner Untuk Memudahkan Telnet

Wednesday, April 1, 2015

Kegunaan IP Scanner Untuk Memudahkan Telnet

Kalau hang ni seorang admin network atau enginner bahagian network nama IP Scanner memang tak lagi asing dalam hidup hang. Sebenarnya banyak kegunaan IP Scanner ni. Contoh hang nak scan IP dalam satu network. Selalunya IP Scanner ni dia akan scan mengikut interface network card computer hang ja. Ni aku bagi contoh kat bawah..


Gambaq kat atas ni kira scan IP yang dah ada kat interface network card kita. Kira lebih senang DHCP IP punya. Kebanyakkan ip-ip ni user, printer, modem wifi yang pakai.


Gambaq kat atas ni aku scan IP X.X..1.1 ni untuk kegunaan switch-switch yang ada kat network MinDef. Sory aku kena hitamkan IP tu sebab keselamatan. Dari sini hang akan nampak banyak mana switch yang diguna pakai dalam MinDef mengikut IP. Cara ni hang dapat tengok kot-kot ada switch yang rosak ka. Lagi senang kalau hang ada list-list IP yang sebelum hang scan. Kita boleh detect switch mana yang down. Pastu kena turun site la pi tengok switch tu kena kilat ka. Ada orang off power ka.

Yang 'Web user login (WMI V5)' tu sebenaqnya web interface bagi switch. Kira hang boleh la guna GUI tak payah dah nak telnet apa bagai. Tapi kalau web punya interface dia nak config tu ada limit sikit. Last-last kena guna gak telnet.

Cara ni sesuai la hang pakai kalau hang baru masuk keja bahagian network. Ya la.. Masuk-masuk keja, tangan kosong. List-list IP semua hang belum dapat lagi. So scan ja la. Pastu hang buat list sendiri. Bukan apa.. Nanti keja hang senang sikit untuk masa depan. Tak payah dok kelam kabut dok terhegeh-hegeh cari IP apa bagai.. :)

Link Download : IP Scanner

Banyak soflware IP Scanner ni.. Aku pakai Advanced IP Scanner ja.. Sebab mudah nak paham.

3 comment:

Post a Comment

Copyright © 2012 - 2016 Crew Fathi Blog™

Penafian | Hubungi | Log IP |