Cara Palsukan Transaksi Menggunakan Maybank2u

Friday, April 3, 2015

Cara Palsukan Transaksi Menggunakan Maybank2u

Perhatian.. Artikel ni aku bukan mahu mengajar hang pa palsukan transaksi apa-apa. Aku hanya mahu hang pa tau JANGAN MUDAH tertipu. Sebaliknya hang pa kena waspada dengan apa-apa transaksi yang ditunjukkan pada korang. Cara ni ramai diguna pakai oleh MLM untuk memperdaya hang pa untuk join MLM depa. Depa hanya tunjuk screenshot ja kan. Ingat! Ni bukan nak hack akaun Maybank ya.. Ini hanyalah trik sahaja!

Mula-mula hang pa login dulu Maybank2u.


Macam biasa lah.. Hang pa buh la Username dan Password hang pa.. Tak kan dok nanga lagi kot..


Pas hang dah login apa semua.. Hang klik kat "Account & Banking".


Ok.. Pastu hang klik pula "Wadiah Saving Account"..


OK.. Pastu hang klik kat "Today's Transactions".. Pasai pa aku suruh klik tang tu?
Sebabnya ya ka nak menipu orang kena nampak real.. Sebab tu ambik Today.. Kalau hang nak klik history pon tak pa aih..


Ok kat sini hang akan nampak transaksi untuk hari ni.. Hari ni gaji aku masuk.. Yuuuhhuuu.. Hehehe..

Ok.. La ni hang tekan kat keybord hang secara serentak.. OK? Tekan "CTRL + SHIFT + I"..
Yang tambah tu tak yah tekan laa.. Pas tu dia keluaq cam kat bawah ni ha..

Klik Gambaq Untuk ZOOM

Ok.. Nampak dak coding-coding kat bawah tu.. Abaikan.. Pastu hang tekan pulak kat keybord hang "CTRL + F" untuk cari angka "6,550".. Bila dah dapat.. Pi kat angka tu.. Hang pa right klik kat tetikus hang pa.. Ambik  "Edit HTML" Pastu hang buh la angka apa pun.. 1 juta ka.. 5000 bilion ka.. Ikut hang laa.. Pastu hang klik butang pangkah kat hujung belas atas tu.. Untuk tutup coding-coding ni..


Taraaa.. Dah siap.. Nah.. Apa lagi.. Screenshot ahh..

Ni la cara-cara orang MLM dok tipu hang pa.. Yang hang pa dok pecaya rapat buat pa.. Tak payah pakai Photoshop aih.. Benda ni manusia buat.. Mesti ada kelemahan dia.. Betoi aih..

Trik ni hanya basic bagi webmaster. Sebab ia hanya ubah HTML. Ia tidak tetap. Lain la hang pi ubah kat database angka tu.. Boleh keluaq duit teruih.. Sebab edit kat database bersifat kekal.. Mihmihmih.. Melawak ja.. Web Maybank2u ni banyak pakai iframe. Pastu dia disable right click..
Malas aku nak cerita banyak-banyak.. Sat gi jadi kes lain pulak..

Edit HTML adalah tidak bersifat kekal.. Kecuali hang ni admin web. Paham?

Ingat.. Jangan hang dok buat poyo pulak dok tanyang kat member-member hang akaun hang ada 1 Juta.. Artikel ni aku hanya untuk sedarkan orang-orang yang masih pecaya sangat dengan MLM. Hati-hati.. Salam GST! :)

P/S : Trik diatas boleh dilakukan dimana-mana website. Macam-macam website kita boleh di edit.. Hati-hati lah ya.. 

8 comment:

Post a Comment

Copyright © 2012 - 2016 Crew Fathi Blog™

Penafian | Hubungi | Log IP |