Jelingan ayahku...

Saturday, December 20, 2008

Jelingan ayahku...

Isah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika akumembuat sesuatu yang tidak disukainya.Contohnya, jika ke kedai,kalau akumengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkansemula gula-gula itu ke tempatnya semula.Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedangrukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.Aku pun fahammaksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itusemula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahantok imam tadi.Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marahmengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

2 comment:

Post a Comment

Copyright © 2012 - 2016 Crew Fathi Blog™

Penafian | Hubungi | Log IP |